Jumaat, 21 Jun 2013

Cara-cara mengelakkan penyakit pada masa jerebu



1.     Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
2.     Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.  
3.    Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi. 
4.    Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah. 
5.   Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah. 
Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
6.    Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih. 
7.     Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak. 
  

8.     Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

Rabu, 12 Jun 2013

TIP UNTUK GALAKAN ANAK MEMBANTU DI DAPUR


1. Puji usaha dan hasil kerja anak sekalipun usaha dan kerja yang dilakukan itu sekecil-kecil perkara. Contoh, mengangkat pinggan sendiri sesudah makan.

"Emak senang hati, kerana meringankan tugas tugas emak. Rajin anak emak.

2. Jangan kritik  atau memarahi hasil kerja anak ketika mereka cuba membantu tugas emak di dapur. Contoh, membantu memotong sayur.

"Ini potong-potong sayur besar begini, nak beri  bapa makan atau gajah makan!"

3. Tutup mata atau abaikan pada kesalahan-kesalahan teknikal, cari kebaikan yang boleh dipuji

Kesalahan teknikal - basuh pinggan tidak bersih
Kebaikan- basuh pinggan sendiri

Kesalahan teknikal - potong sayur dengan teknik yang salah
Kebaikan - membantu memasak

Kesalahan teknikal - isi gulai hingga mengotorkan dapur
Kebaikan - membantu menghidang makanan.


4. Beri contoh atau tugas kepada anak supaya anak lebih memahami perkara yang harus 
dilakukan seperti mengajar anak cara memotong sayur.