Kepada para peminat Allayarham Tan Sri P Ramlee, mungkin ada antara anda
yang tidak mengetahui sebetulnya kisah hidup jatuh dan bangun
Allayarham. Disebalik kehebatan filem beliau yang masih mampu membuat
kita ketawa mahupun menangis sehingga hari ini, tersimpan 1001 kisah
yang menyedihkan.
Lihat juga bagaimana 'berjayanya' P Ramlee dijatuhkan oleh bangsanya sendiri sehingga tumbang dan tersadai tidak bernilai lagi.
Playlist dari rakaman History Channel ini amat baik untuk ditonton dan
kita hayati bersama sukarnya kehidupan seorang P Ramlee ketika masih
hidup dan hanya diagungkan selepas dirinya tiada lagi di dunia ini.
Tonton dan simpan video ini agar anak, cucu serta cicit kita nanti tidak
melupakan tokoh lagenda hebat ini. Al-Fatihah untuk Allayarham Teuku
Zakaria Teuku Nyak Puteh.
Playlist: History Channel - P Ramlee Suka Duka (History Channel) Full
Dia duduk singapura tapi cina sayang dia, tapi bila dia balik kampung
dia (MALAYSIA) melayu jatuhkan dia. Bangsaku memang pelik, itulah
melayu.
Sesuatu bangsa itu jatuh bukan disebabkan oleh kekuatan bangsa lain, tetapi disebabkan oleh bangsa itu sendiri.
P.Ramlee setiap cerpen karyanya mengandungi tentang agama Islam,
unsur-unsur positif, nilai-nilai murni yang menjdi pengajaran dan
tauladan sepanjang zaman kerana sebelum pembikinan filem P.Ramlee
mengkaji selidik mengenai kehidupan pada masa yang akan datang yang
sudah dinyatakn dalam Al-Quran dan Hadis. Bukan seperti pembikinan filem
zaman' sekarang semuanya ikut trend dan tiru balik cuma buat olahan
sahaja movie dari negara-negara lain (contoh paling dekat bagi aku
Highland Tower). Cerita P.Ramlee pernah mendapat Awards selepas
ketiadaan beliau salah satunya Filem Barat Pearl Habour yang meniru
cerita Sarjan Hasan cuma jalan cerita berbeza. P.Ramlee juga mnyelitkn
bagaimana kejatuhan bangsa kita yang rupa selama ini kita sesama bgsa
saling hasat dengki tetapi ramai bangsa kita tidak memahami dan
menghayati Islam yang disampikan melalui jalan penceritaan oleh P.Ramlee
hanya tahu keseronokan sahaja. Itulah kita masih pangkah bangsa melayu
yang tidak memahami Islam dan ingin membunuh orang islam yang berbangsa
melayu yang ingin melaksanakan kehidupan Islam seperti mana yang
terdapat dalam karya agung P.Ramlee.
Alif mim nun wau = sarkas. Dulu lagi P. Ramlee dah tau yang umno ni sarkas
Aku tertarik dengan tulisan Arafie Kadir
"P.Ramlee masuk Parti Negara dibawah arwah Dato' Onn. Sebab tu UMNO gam dan tekan dia. Ini permata negara dalam bidang seni dan pembesar negara tak senang citer PRamlee yang banyak menyindir pemimpin,orang kaya dan peniaga-peniaga. Kita tak tau yang RTM pon tak benarkan beliau masuk keperkarangan angkasapuri, sampai ke situ Malaysia. Produser dan Pengarah hebat dari rantau ASEAN jika datang ke Malaysia..terus mencari P.Ramlee kerana kehebatan dalam bidang seni tetapi Tanahair sendiri menyingkir malah menghina. Kini baru bermacam-macam gelaran yang dberi kepada arwah P.Ramlee. Itu fakta dan hakikat Malaysia."
Ada satu tahun tu.. sempena bedday p. ramlee.. sebulan tv tu buat bulan
memperingati p ramlee.. so sepanjang sebulan tu lah mcm2 ttg p ramlee
ditayangkan.. tahun tu jugak.. hari kelahiran junjungan besar nabi
muhammad saw hanya satu hari shaja... so 1 hari tu aje tv tu tayang
hadis2 n kisah Nabi .. esoknya kembali sepeei sedia kala.. sedih !!!!
Kaulah satu satunya
Di antara berjuta
Insan teristimewa
Patah tak tumbuh lagi
Hilang belum berganti
Kerana kau tersendiri
Kau kebanggaan kita
Kau budayawan bangsa
Engkau... lagenda
Kisah anak-anak P. Ramlee
P.Ramlee tak menyebabkan anak-anaknya menjadi bintang sepertinya.
Kecuali Dian P.Ramlee (anak angkat P.Ramlee), anak-anaknya yang lain
bukan orang terkenal dan hidup senang seperti sesetengah artis lain.
Anaknya Nasir (sudah meninggal) bukan orang senang, Sabaruddin juga cuma
kerja sebagai pekerja am dan seorang lagi Sazali juga cuma seorang
tukang sapu. Sazali P.Ramlee bukan sahaja tidak memiliki kereta mewah
seperti artis-artis lain, kereta tak mewah pun dia tak ada, malah kapcai
pun dia tak miliki. Yang mampu dia miliki dalam kemiskinannya cuma
sebuah basikal. Begitulah malangnya nasib anak seniman agung kita.
Takkan ada bangsa lain yang merosakkan melayu melainkan melayu sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan